Monday, March 17, 2014

Hujung Minggu Tidak Kerja

Kadang-ladang bengang juga dengan klien yang tak faham keadaan kita.

Aku sudah tetapkan yang aku tak mahu layan sangat klien pada hujung minggu.

Sengaja aku balas SMS lewat. Sengaja aku biarkan emel tidak berbalas (lagi).

Isnin nanti aku buat la.

Aku tak mahu kehilangan masa berharga dengan anak-anak dan isteri aku.

Lagipun, kalau mahu kerja, untung la kalau mereka boleh berikan ruang yang selesa. Lagi-lagi anak yang sulung tu. Makin pandai menarik perhatian. Sentiasa mahu diberi perhatian. Jika tidak, mulalah buat perangai.


Mula

Rasanya sudah tiba masanya untuk aku tuliskan perkara-perkara yang bermain di dalam minda aku sepanjang aku bekerja di rumah.

Tidak mahu tulis di Facebook. Di sana macam-macam orang ada. Aku malas mahu melayan karenah seorang-seorang. Lain yang ditulis, lain yang dikomen.